Sunday 4 November 2012

Kata Nama Am & Kata Nama Khas

i.     Kata nama          : perkataan yang digunakan untuk menunjukkan
                                      benda/ binatang/ orang

ii.    Kata nama am    : bilangan benda yang banyak
                                     : ditulis dalam huruf kecil (meja, kerusi, buku)

iii.  Kata nama khas  : bilangan benda yang terhad( tidak banyak/satu saja)
                                     : ditulis dalam huruf besar( Proton Waja, Taman Maju)
                                     : nama untuk sesuatu

iv.  Kata nama am & khas ditulis dalam huruf besar selepas digabungkan
      balai polis   +   Taman Maju   =   Balai Polis Taman Maju

v.  Namun, kata nama jenis alat tidak ditulis dalam huruf besar setelah
     digabungkan jenamanya.

     televisyen   +   Sony  =   televisyen Sony
     kereta + Proton Waja = Keretat Proton Waja
         

Kata Kerja Transitif

1.  Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan.

     Contoh : berjalan, melukis, tidur

2.  Kata kerja transitif ialah

     (i)   Kata kerja yang biasanya berimbuhan meN-
     (ii)  Kata kerja yang diikuti dengan kata nama

           Contoh : Ali membeli buku di kedai.

3.  Contoh kata kerja transitif
            (i)    membaca buku
            (ii)   menulis karangan
            (iii)  memandu kereta
            (iv)  membuat kuih
            (v)   mencuci baju

Ayat Tunggal

Ayat tunggal ( ayat dasar ) ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Subjek     : Bahagian yang diterangkan

Predikat   : Bahagian yang menerangkan

Contoh:


Ayat Tunggal
Subjek
Predikat
1.       Sampah itu
busuk.
2.        Bapa
sudah pergi bekerja.
3.       Kasut Alias
Berwarna biru muda.

Ayat Penyata

1.  Ayat penyata ialah ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu.

2.  Ayat penyata berakhir dengan tanda noktah. (.)

Contoh :  Pokok itu pokok mangga.
                Adik saya gemuk.
                Sekolah saya terletak di Jalan Genting Kelang.
               

Kata Ganda

1.  Kata ganda ialah kata yang dituliskan dua kali berturut-turut.
                  
             Contoh  : meja-meja, anjing-anjing, kuih-muih

2.  Ada dua jenis kata ganda :

Kata Ganda Penuh
Kata Ganda Separa
meja-meja
bebola (bola-bola)
ayam-ayam
lelaki (laki-laki)
orang-orang
dedaun( daun-daun)

3.  Kata ganda membawa pelbagai maksud :

Maksud Kata Ganda
Contoh
banyak
rumah-rumah, ikan-ikan, kain-kain
pelbagai jenis
kuih-muih, sayur-mayur
nama benda/hidupan/seperti
kuda-kuda, bebola, kekuda

Kata Sendi


Kata Sendi
Fungsi/ Makna
Contoh
di
menunjukkan tempat yang tertentu
Saya tinggal di Kuala Lumpur.
ke
menunjukkan arah tuju tempat
Rita pergi ke sekolah.
dari
menunjukkan arah asal tempat
Datuk datang dari Johor.
pada
menunjukkan masa
Alan bangun pada pukul 6.00 pagi.
kepada
menunjukkan orang yang ditujukan
Saya menyerahkan buku latihan kepada cikgu.
dengan
·         menggunakan
·         bersama
·         Nafeisa menulis dengan pen.
·         Naim pergi ke kedai dengan kakaknya.

Kata Hubung


1.  Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubung ayat-ayat.
Contoh:     Ali pandai menari.
                  Ali pandai menyanyi.
                  Ali pandai menari dan menyanyi.
2.  Contoh kata hubung dan penggunaannya.
Kata Hubung
Contoh Ayat
dan
Ali dan Abu tinggal di Taman Permata.
atau
Kamu mahu minum kopi atau the ?
lalu
Nafiesa mandi sambil menyanyi.
kerana
Evon tidak mahu bercakap kerana sakit gigi.
selepas
Naim memakan nasi selepas mencuci tangan.
sebelum
Roni menggosok gigi sebelum tidur.
tetapi
Alias suka makan sosej tetapi tidak suka makan ikan.
apabila
Hamli sungguh gembira apabila bapa pulang.