Sunday 28 October 2012

Penggunaan kata " menemui " dan " menemukan"


 
Penggunaan
Contoh
menemui
Menjumpai “ orang”
Polis menemui budak lelaki yang dilaporkan hilang semalam.
menemukan
Menjumpai “ benda”
Pihak polis telah menemukan kereta yang dilaporkan hilang bulan lalu.

 

Penggunaan kata " masakan"


 
Masakan (Masak +-an)
Masakan
Maksud
Makanan yang dimasak
Tidak mungkin
Contoh
Masakan ibu malam ini sedap sekali.
Masakan murid Tahun Enam tidak tahu tentang peraturan perpustakaan.

 

Penggunaan kata tanya


 
Dengan partikel -kah
Tanpa partikel -kah
Penggunaan
Digunakan di pangkal (depan) ayat tanya
Digunakan di hujung ( akhir) ayat tanya
Contoh 1
Siapakah lelaki yang berbaju biru itu ?
Lelaki yang berbaju biru itu siapa?
Contoh 2
Di manakah adik terjatuh ?
Adik terjatuh di mana ?

 

Penggunaan " memasuki" dan "memasukkan"


 
menjalani
menjalankan
penggunaan
Bermaksud “ masuk ke dalam sesuatu”
Bermaksud “ membuat sesuatu masuk ke dalam”
Contoh 1
Pencuri itu memasuki rumah melalui tingkap.
Ibu memasukkan makanan ke dalam peti sejuk.
Contoh 2
Rina memasuki Persatuan Pengakap pada tahun lalu.
Kakak memasukkan baju ke dalam beg.

Saturday 27 October 2012

Perumpamaan

     
     
    Maksud
    1.Seperti menangguk di air keruh
     mengambil kesempatan
    2.Seperti mendukung biawak hidup
    memberikan pertolongan sehingga menjadi beban
    3.Seperti mengajar itik berenang
    mengajar orang yang lebih pandai daripada kita
     
    4.Umpama meriam buluh
     cakap besar tetapi kosong
    5.Umpama muka bantal
     berpura-pura baik
     
    6.Umpama anjing kurap
    orang miskin hina
    7.Umpama kerbau dicucuk hidung
     mendengar/ mengikut arahan sahaja
    8.Umpama ikan dalam belat
    keadaan yang sesak
    9.Umpama galah di tengah arus
    menggigil keras
     

Penggunaan " bila" dan " apabila"


 
bila
apabila
penggunaan
Digunakan sebagai kata tanya
Digunakan sebagai kata hubung
Contoh 1
Bilakah Ali balik?
Semua murid berdiri apabila cikgu masuk.
Contoh 2
Saya tidak tahu bila Ramli akan tiba.
Apabila loceng berbunyi, murid-murid balik ke rumah.

Simpulan Bahasa


  1. Orang harapan     : orang yang dipercayai /harapkan dalam sesuatu tugas
  2. Orang rumah        : isteri
  3. Otak udang           : bodoh 
  4. Terang tanah         : hari mulai siang
  5. Tidur mati             : tidur yang sangat nyenyak
  6. Tulang belakang   : orang yang diharapkan 
  7. Tangkai jering       : kedekut
  8. Telinga lintah        : pendengaran yang tajam/ baik
  9. Terang-terang tanah: waktu pagi apabila matahari baru terbit